Wednesday 4 January 2012

STAIL BERFIKIR


STAIL KREATIF
Stail ini digunakan bagi menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan tindakan. Stail ini bertujuan untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut dan melakukan perkara yang sama tetapi menggunakan pelbagai cara.

STAIF POSITIF
Stail ini digunakan bagi meliha apa kebaikan, kegunaan dan faedah-faedah pada sesuatu idea. Kalau idea negative sekalipun tentu ada aspek positifnya. Kalau idea buruk sekalipun tentu ada cara untuk memperbaikinya.

STAIL NEGATIF
Stail ini digunakan bagi mencari risiko, bahaya, kesukaran dan punca kegagalan yang tedapat pada sesuatu idea.

STAIL ANALITIKAL
Stail ini digunakan bagi membuat pengelompokan maklumat, penghuraian maklumat, mengenal pasti faktor-faktor utama, mencari persamaan dan perbezaan dan mencari punca-punca masalah.

STAIL MATEMATIKAL
Stail ini digunakan bagi menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai proses matematik.

STAIL INFORMATIF
Stail ini digunakan bagi mendapatkan fakta, angka dan maklumat yang sudah ada mahupu yang belum ada tetapi diperlukan.

STAIL LOGIKAL
Stail ini digunakan bag mengenal pasti apa yang betul dan apa yang salah. Ada dua jenis ‘betul’ iaitu :
(i)                 betul dari segi logic, dan
(ii)               betul daripada segi kenyataan hidup sebenar.

STAIL KRITIKAL
Stail ini digunakan bagi mengenal pasti kesilapan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan pada cara berfikir yang digunakan atau pada apa-apa idea dan cadangan.

STAIL EMOOTIF
Stail ini digunakan bagi melihat sesuatu daripada segi perasaan dan cita rasa individu. Adakah kita suka, benci, takut, curiga, seronok terhadap apa yang kita lihat atau dengar.

STAIL NILAI
Stail ini digunakan bagi membuat keputusan yang berdasarkan nilai yang dianuti oleh seseorang.

STAIL SISTEMATIK
Stail ini kita digunakan bagi mengawal cara-cara kita berfikir supaya tidak bercelaru. Kita mengenal pasti apa yang penting, apa yang patut diberi tumpuan, apa yang perlu dibuat dahulu, apa yang boleh dikemudiankan dan sebagainya.

STAIL INTUITIF
Stail ini digunakan bagi membuat keputusan dalam keadaan kita tidak ada maklumat langsung atau hanya ada sebahagian maklumat berkenaan perkara yang hendak kita putuskan.

No comments:

Post a Comment