Wednesday, 4 January 2012

CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF

CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF
Para penyelidik belum mengetahui apakah faktor-faktor yang mencipta daya kreativiti, tatap mereka sudah mengenal pasti faktor yang mencipta peribadi kreatif. Mereka mendapati individu kreatif memiliki ciri-ciri berikut:
1)      Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongnong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang.
2)      Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mereka mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.
3)      Mereka berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka. Mereka tidak suka undian dalam mesyuarat ataupun akur pada tekanan luar.
4)      Mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional. Oleh itu, meeka toleran pada kritikan orang.
5)      Peribadi mereka stabil. Mereka tidak berubah-ubah ikut tekanan-tekanan dari luar.
6)      Meminati seni dan berjiwa halus.
7)      Berperangai dominan dan asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya.
8)      Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.
9)      Mudah menerima hakikat kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya, oleh itu mudah mengaku apabila dia membuat kesilapan.
10)   Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan ‘TIDAK’ dan akan terus berusaha.
11)   Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.
12)   Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok, tidak berenag menongkah arus.
13)   Dapat mengawal diri sendiri.
14)   Kemungkinan besar mereka introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.
Pakar-pakar kreativiti hingga sekarang belum dapat menjawab soalan-soalan asas seperti:
1)      Bagaimanakah suasana keluarga member kesan kepada kreativiti?
2)      Adakah penting kanak-kanak dilatih berfikir secara kreatif, dan kalaunpenting bilakah latihan patut dimulakan?
3)      Bagaimanakah kritikan daripada ibu bapa dan guru-guru memberi kesan pada kreativiti kanak-kanak, dan banyak lagi soalan lain.

No comments:

Post a Comment