Wednesday, 4 January 2012

proses kreatif dalam catan

Proses kreatif dan imaginatif merupakan hal yang menarik dalam catan potret danfiguratif. Proses ini membawa perbezaan yang boleh menarik perhatian dan mengujirespon khalayak. Walaupun pelukis catan potret disara dan dibiayai oleh penaja (rujuksejarah seni, golongan
‘patron’ 
terdiri dari bangsawan, birokrat, borguis) namun ruangkreativiti itu masih tidak dikongkong. Kedua-dua jenis catan ini akan memujuk matapemerhati untuk mengekori setiap garis, jalinan, warna dan ruang yang menjadigubahan dalam gambaran artis. Namun keupayaan artis sama ada bijak atausebaliknya mengolah komposisi gambar merujuk pada intuisi akan mempengaruhipemerhati. Khalayak akan ditarik melalui satu isyarat untuk mencari penceritaan yangboleh dikaitkan dengan persekitaran dan aktiviti sosial. Hal ini tidak terjadi sepenuhnyadalam catan potret yang dianggap terlalu peribadi yang eksklusif hanya boleh dikongsioleh individu-individu tertentu sama ada dekat atau jauh.

No comments:

Post a Comment