Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:
"... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik."
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
"... sebagai gaya hidup"
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
"proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri."
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
"... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain."
(Boon dan Ragbir, 1998)
"...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain."
(Torrance, 1974)
"Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful."
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
"kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya."
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
"....timbul dari karya baru , akibat daripada interaksi-interaksi individu dengan alam sekitarnya."
(Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
"....pengertian perubahan, perkembanagan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan dari tiada tetapi dari sesuatu yang sudah wujud kemudian diubah kepada bentuk yang lebih baik."
(Hassan, 1991 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
No comments:
Post a Comment